Bacaan Mathurat Sughra Pagi dan Petang

Tuesday, September 17, 2024

Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas alQur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’ attabi’in, dan as-salaf as-salih. Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut. Firman Allah SWT:


Maksudnya:


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


(Surah Ali ‘Imraan: 31)


 💚💚

المأثورات 

💚💚

SURAH AL-FATIHAH

أَعُوذُ بِالله السَّمِيعِ العَلِيِمِ مِنَ الشّيطَانِ الرّجِيمِ 

     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

        الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

   مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ

♡  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اۡهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ

غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ

وَلاَ الضَّالِّينَ



(الفاتحة)

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian ‘alam.(2) 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(3)  

Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat).(4) 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) 

Tunjuklah kami jalan yang lurus.(6) 

Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.(7)

  

SURAH AL-BAQARAH

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 

 

الٓـمٓ

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى

لِّلْمُتَّقِينَ

 

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ

 الصَّلاةَ وَمِمَّا

♡  رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

 

 والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ

يُوقِنُونَ

 

 أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ

وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(البقرة:1-5)

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,

lagi Maha Mengasihani.

Alif, Laam, Miim.(1) 

Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarangsyak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orangyang (hendak) bertakwa(2); 

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (menderma) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3) 

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “al-Qur’an” yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).(4)

Mereka itulah yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.(5)

 

اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

 لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ

 مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

 يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

 وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء

 وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

 وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

 

(البقرة:255)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur, Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa’at (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 

Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. 

Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya) lagi Maha Besar kekuasaan-Nya).(255)

 

 لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ

 فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ

 لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ‏

 

(255: البقرة)

 

 اللهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ

 وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ

النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ

أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

 

(256: البقرة)

Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut (syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(256)

 Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kufur kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir penolong mereka adalah Thaghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan kufur. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(257) 

 

للهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

(284: البقرة)

 

 آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

 

(285: البقرة)

 

 لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

 

(286: البقرة)

 

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalahkepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya

Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(284)

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):

“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasul-Nya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali”.(285) 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dan ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakanya juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(286)

 SURAH AL-IKHLAS

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ 

اللهُ الصَّمَدُ

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

 (3x)

 

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;(1) 

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;(2) 

“Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakan;(3) 

“ Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.(4)

SURAH AL-FALAQ

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

 (3x)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,(1)

“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;(2) 

“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;(3) 

“Dari bencana makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada

simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);(4) 

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan

dengkinya”.(5)

SURAH AN-NAS

بسم الله الرحمن الرحيم 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

مَلِكِ النَّاسِ

إِلَهِ النَّاسِ

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي

 صُدُورِالنَّاسِ

♡ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاس

(3x)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada

(Allah) Pemelihara sekalian manusia.(1) 

“Yang Menguasai sekalian manusia,(2) 

“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,(3) 

“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,(4) 

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(5) 

“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.(6)

DOA PUJIAN KEPADA ALLAH

merah dibaca waktu pagi

hijau dibaca waktu petang

  أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى)  الْمُلْكُ للهِ وَالحَمْدُ للهِ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لآ إِلهَ إِلاَّ هُوَ وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ 

(المَصِيرُ)

(3x)

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. 

DOA TEGUH PENDIRIAN DALAM ISLAM

merah dibaca waktu pagi

hijau dibaca waktu petang

أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَكَلِمَةِ الإِخْلاَصِ وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ 


(3x) 

Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.

DOA MENSYUKURI NIKMAT

merah dibaca waktu pagi

hijau dibaca waktu petang

(أَمْسَيْتُ) أَصْبَحْتُ اللّهُمَّ إِنِّي 

مِنْكَ فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ وَسِتْرٍ فَأَتِمَّ عَلَيَّ نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرَكَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ 

  (3x)

Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat. 

PENGAKUAN SEGALA NIKMAT DARI ALLAH

merah dibaca waktu pagi

hijau dibaca waktu petang

اللّهُمَّ مَا أَصْبَحَ (أَمْسَى) بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ فَلَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ 


(3x)

Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

PUJIAN BAGI ALLAH

 

يَا رَبِّي لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

 (3x)

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

IKRAR

رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُولاً 

 (3x)

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku. 

BERTASBIH KEPADA ALLAH

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ 

(3x)

Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya. 

MENINGGIKAN ASMA' ALLAH

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ 

(3x) 

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

DOA TERHINDAR DARI SYIRIK

 

اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ 

(3x)

Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.

BERLINDUNG DARI KEJAHATAN MAKHLUK

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّآتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ 

 (3x)

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

DOA TERHINDAR DARI BELENGGU HUTANG

اللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 

(3x)

Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

DOA DILIMPAHKAN KESIHATAN

 

اللهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي 

(3x)

Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku. 

DOA TERHINDAR DARI KEMISKINAN

 

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكُفْرِ وَالفَقْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ 

(3x)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. 

DOA MEMOHON KEAMPUNAN

 

اللهُمَّ أَنْتَ رَبَِي، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَ أَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

 (3x)

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

ISTIGHFAR MOHON KEAMPUNAN

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

 (3x)

Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu. 

SELAWAT ATAS NABI MUHAMMAD SAW

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ عِلْمُكَ وَخَطَّ بِهِ قَلَمُكَ وَأَحْصَاهُ كِتَابُكَ

Ya Allah, restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad, sebagai hamba, Nabi dan RasulMu yang Ummi. Berkatkanlah keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Kami memohon sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui olehMu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh QalamMu dan sebanyak yang dirangkum oleh KitabMu.

 وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ سَادَاتِنَا أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِي وَعَنِ الصَّحَابَةِ أَجْمِعِينَ وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِيهِمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدَِينَ

سُبْحَانَ رَبِكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِينَ وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Terimalah dan redhakanlah akan penghulu kami, Saiyyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabiin dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan, terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha suci TuhanMu yang memiliki Kebesaran dan Kemulian dari segala sifat tercela yang cuba diletakkan ke atasMu. Salam sejahtera untuk para Rasul, para Rasul Utusan, Wal Hamdulillahi Rabbil’ Alamin

 

DOA SELEPAS MATHURAT

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لِسَانًا رَطْبًا بِذِكْرِكَ

 وَقَلْبًا مُفْعَمًا بِشُكْرِكَ

 وَبَدَنًا هَيِّنًا لَيِّنًا بِطَاعَتِكَ

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيمَانًا كَامِلًا

 وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا

 وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا

 وَنَسْأَلُكَ يَقِينًا صَادِقًا

 وَنَسْأَلُكَ دِينًا قَيِّمًا

 وَنَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ

 وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْغِنَى

 عَنِ النَّاسِ وَهَبْ لَنَا حَقِيقَةَ الإِيمَانِ

 بِكَ حَتَّى لاَ

 نَخَافَ وَلاَ نَرْجُو غَيْرَكَ وَلاَ نَعْبُدُ شَيْئًا

 سِوَاكَ

 وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوطَةً

 عَلَيْنَا وَعَلَى أَهْلِنَا وَأَوْلادِنَا

 وَمَنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلاَ تَكِلْنَا إِلَى

 أَنْفُسِنَا

 طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ يَا نِعْمَ

 الْمُجِيبُ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ

 الكَرِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (Nama)Mu. Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan keta’atan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk’, ilmu yang berguna.Keyakinan yang benar-benar mantap. ( Ya Allah kurniakanlah kami, (ad-Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami memohon (Ya Allah) kecukupan yang yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri kembangkanlah lembayung RahmatMu kepada kami. Keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah). Selawat dan Restu Allah untuk junjungan kami Muhammad. Nabi yang Mulia, kepada keluarga Baginda dan Para Sahabat Baginda amnya.

PENGAKUAN KEKUASAAN ALLAH

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya.”

DOA RABITAH

 

اللّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَائِكَ فَاغْفِرْ لِي

Ya Allah, menjelanglah malam (ciptaan-Mu), beredarlah waktu siang kepada-Mu, inilah keluhan suara yang berdoa kepada-Mu, oleh itu ampunkanlah dosaku 

 اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَأَدِّمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَأمْلَأْهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَ يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ اْلإِيَمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ اْلمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ اَللَّهُمَّ آمِينَ وَصَلَّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وسلم

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya, Ya Allah perkenankanlah doa ini (Amin) dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

 

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Post a Comment