Mengenali Sirah Nabi Muhammad SAW

Saturday, September 14, 2024


Pelajaran 1: Mengenali Sirah

Unit 1: Pengertian Sirah


Maksud Sirah

Maksud sirah dibahagiakan kepadaa dua bahagian iaitu :

1. Bahasa : Perjalanan atau jalan

Sirah berasal daripada

perkataan سَارَ perjalanan.

2. Istilah : Kisah hidup Nabi Muhammad bermula daripada kelahiran sehingga wafat


Sumber Sirah

Kita dapat tahu tentang sirah melalui 2 sumber di bawah:

1.Al-quran

2. hadis


Ciri-ciri sirah mengandungi :

1. Kisah Nabi Muhammad.

2. Akhlak baginda.

3. Suasana zaman baginda

4. Peristiwa yang dialami baginda.

5. Kewafatan baginda.

6. Semua kisah dijelaskan dengan tepat.

7. Tentang keluarga dan sahabat baginda.


Tahukah anda?

Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun.


إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍۢ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًۭا وَهُدًۭى لِّلْعَـٰلَمِينَ ٩٦

Sesungguhnya rumah ibadah pertama dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah. 

Ali-Imran 96

Unit 2: Kepentingan Sirah

Apa Kepentingan Sirah?


1. Tahu sirah Nabi dengan lebih jelas.

2. Menjadi panduan kepada umat Islam

3. Menjadi salah satu sumber hukum dalam Islam.

4. Dapat mengenali Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda.


Kesan mempelajari sirah

1. Dapat mengenali Nabi.

2. Dapat mencontohi akhlak Nabi.

3. Didik diri mentaati Allah dan Nabi Muhammad.

4. Sayang Nabi.

5. Mengamalkan sunnah Nabi.


Penghayatan

1. Nabi Muhammad utusan terakhir.

2. Menghargai jasa dan pengorbanan Nabi.

3. Jadikan Nabi sebagai panduan hidup.

4. Mencintai Nabi dengan mengamalkan sunnahnya


Barangsiapa mengucapkan selawat atasku satu kali maka Allah memberikan selawat kepadanya sepuluh kali. 

Hadis Riwayat Muslim


Tahukah anda?

Bani Hasyim yang menguruskan persiapan haji di Mekah pada zaman itu.


Biodata Kekasih Allah

Muhammad bin Abdullah

Digelar Al-Amin (yang dipercayai)

Nabi Muhammad dilahirkan di Kota Mekah pada waktu subuh. Hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Datuk Nabi bernama Abdul Mutalib bin Hasyim.


Pelajaran 2: Nasab Nabi Muhammad SAW

Unit 1 : Nasab Sebelah Bapa Nabi Muhammad


1. Abdullah bin  Abdul Mutalib

2. Abdul Mutalib

3. Hasyim

4. Abdul manaf

5. Qusai

6. Kilab


Bapa Nabi Muhammad

1. Abdullah bin Abdul Mutalib

2. Keturunan Arab Qurays

3. 16 adik beradik (10 lelaiki, 6 perempuan)

5. Paling disayangi oleh bapanya

6. Keturunannya dihormati dan dimuliakan oleh kaum Qurays

7. Berkahwin dengan Aminah ketika berumur 24 tahun

8. Meninggal dunia di Yathrib/ Madinah (Nabi 2 bulan dalam kandungan ibunya)

9. Usahawan berjaya

10 Meninggalkan 5 unta, dan beberapa kambing serta seorang hamba perempuan (Ummu Aiman)


Unit 2: Nasab Sebelah Ibu Nabi Muhammad


1. Aminah binti wahab

2. Wahab

3. Abdul Manaf

4. Zuhrah

5. Kilab

Ibu Nabi Muhammad

1. Aminah binti Wahab

2. Keturunan Arab Qurays

3. Suaminya meninggal dunia ketika Nabi Muhammad  2 bulan dalam kandungannya

4. Wanita yang berakhlak mulia dan dihormati

5. Menjaga pergaulan dan kehormatan dirinya.

6. Berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Mutalib

7. Meninggal dunia di Abwa’ ketika Nabi berusia 6 tahun

8. Tidak mengalami kepayahan ketika mengandung dan melahirkan Nabi.

9. Setelah Aminah meninggal dunia, Nabi Muhammad dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib


Kelebihan Mencintai Nabi Muhammad SAW


الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

 "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya." HR Bukhari


1. Memberi keberkatan kepada kita.

2. Memberi syafaat pada hari pembalasan kelak.

3. Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka.


Penghayatan

1. Kita hendaklah menghormati keturunan Nabi SAW.

2. Setiap muslim hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

3. Kita perlu berbakti dan menyayangi ibu bapa kita.

4. Masyarakat akan menghormati orang yang berakhlak mulia.

Perbanyakkan selawat!


Pelajaran 3: Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Unit 1: Kewafatan Abdullah bin Abdul Mutalib


1. Dilahirkan pada tahun 545 m

2. Semasa hayatnya  Abdullah Seorang usahawan

3. Selalu ke syam untuk berniaga

4. Tampan

5. Tidak pernah melihat anaknya Muhammad kerana baginda masih dalam kandungan ibunya

6. Anak bongsu dari 10 anak lelaki Abdul Mutalib

7. Ketika perjalanan pulang Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia

8. Jenazahnya dikebumikan di yastrib


Penghayatan

1. Ajal kematian manusia ditentukan Allah SWT

2. Kita perlu memuliakan Kaabah dan tempat2 ibadah.

4. Kita hendaklah berazam dan berusaha untuk menjadi anak yang baik.

5. Kita perlu bersabar apabila ditimpa kesusahan dan kesedihan.


كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati

Surah Ali-Imran : 185


Unit 2: Peristiwa Tentera Bergajah

Tahun kelahiran Nabi Muhammad adalah tahun Gajah, kerana pada tahun itu, Abrahah yang beragama Nasrani, bersama tentera gajahnya ingin menyerang kaabah.

Abrahah membina gereja yang cantik dan besar di Yaman dan ingin memalingkan pandangan orang dari kaabah ke gerejanya.

Abrahah ingin menyerang kaabah dan mempersiapkan gajah-gajahnya. Namun apabila tiba di Mekah gajahnya enggan bergerak.

Abrahah berharap orang arab beribadah di gerejanya tetapi usahanya sia-sia. Abrahah menjadi marah.

Sekumpulan burung ababil melepaskan batu panas ke arah tentera bergajah dan akhirnya musnah.

Kisah ini dirakamkan dalam al-quran melalui surah Al-Fil


Penghayatan

1. Kita perlu mengagungkan kebesaran Allah SWT

2. Kita hendaklah mengamalkan sifat mahmudah

3. Kita dilarang melakukan perkara mazmumah

4. Kita wajib melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


SIfat Mahmudah

(terpuji)

1. Baik hati

2. Rendah diri


Sifat Mazmumah

(terkejii)

1. Dengki

2. Sombong

3. Riak


Pelajaran 4: Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Unit 1 : Masa dan Tempat Kelahiran


NAMA: MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Muhammad bermaksud orang yang terpuji


Hari: Isnin

Tarikh: 12 Rabiul awal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi

Waktu: Subuh

Tempat : Rumah Abdul Mutalib di Kota Mekah


Unit 2: Peristiwa semasa kelahiran Nabi Muhammad


1. Nabi dilahirkan daripada bangsa arab quraiys dari susur galur keturunan yang mulia.

Abdul Mutalib sangat gembira dengan kelahiran nabi muhammad.

2. Nabi dilahirkan sebagai anak yatim. bapanya meninggal dunia ketika baginda 2 bulan dalam kandungan ibunya.

3. Ketika mengandungkannya aminah bermimpi melihat cahaya  terang menerangi  istana bushra di syam

4. Aminah tidak merasa sakit ketika melahirkan baginda

5. Berita kelahirannya ada dalam kitab terdahulu.


Unit 3: Keadaan Nabi Muhammad ketika dilahirkan


1. Datuknya Abdul mutalib berasa gembira dan membawa baginda ke kaabah lalu menamakan Muhammad (yang terpuji). Nama tersebut tidak pernah digunakan dalam masyarakat arab ketika itu.

2. Semasa dilahirkan kepala baginda mendogak ke atas dan tangannya mengangkat ke  langit  seperti berdoa.

3. Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan, dan tali pusat telah terpotong.

4. Aminah tidak merasa sakit ketika melahirkan baginda

5. Ini menunjukkan kemuliaan nabi muhammad dan kisah ini dinyatakan dalam kitab Taurat.


Unit 4: Kisah Kelahiran Nabi Muhammad


Terdapat beberapa kejadian aneh semasa kelahiran nabi:

1. Berhala yang terdapat di persekitaran mekah tiba-tiba rosak dan musnah.

2. Semasa dilahirkan kepala baginda mendogak ke atas dan tangannya mengangkat ke  langit  seperti berdoa.

3. Api disembah kaum majusi di parsi yang tidak pernah terpadam 1000 tahun telah padam sendiri dan tidak dapat dihidupkan lagi.

4. Peristiwa gegaran  di istana kisra (parsi) menyebabkan 14 tiangnya runtuh

5. Air tasik yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah. Tasik ini dianggap suci dan disembah dengan upacara qurban dan sebagainya.


Penghayatan

1. Keajaiban yang berlaku membuktikan kekuasaan ALLAH

2. Allah berkuasa memberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya


Info: 

Aqiqah ialah ibadah yang mula dilaksanakan oleh Abdul Mutalib selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Post a Comment