ASBABUN NUZUL
Surah ini diturunkan berkaitan dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam, iaitu kejayaan kaum Muslimin menakluk Makkah pada tahun 8 Hijrah. Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh rahmat memaafkan dan membebaskan para tawanan. Penduduk Makkah diberi kebebasan untuk memilih jalan hidup mereka, dan akibatnya, ramai yang memeluk Islam secara sukarela. Sebagai tanda syukur atas kemenangan ini, Allah memerintahkan kaum Muslimin untuk bertasbih dan beristighfar.
KESIMPULAN
Surah ini mengajar kita bahawa setiap kali mendapat kejayaan, kita harus sentiasa bertasbih dan mengucapkan pujian kepada Allah, serta memohon ampun kepada-Nya. Kejayaan tidak sepatutnya menjadikan kita sombong atau angkuh, kerana pada hakikatnya, setiap kemenangan datang dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t.







Post a Comment